Sunday, 5 August 2012

PUISI 'PURA-PURA LUPA'

;Kau berjalan mendongak
tersenyum sambil mendabik dada
kau rasa kau punya kuasa
tapi kau lupa kewujudan DIA


Kau berjalan mendongak
tidak sedikit pun mahu tunduk
apa kau kata orang angguk
pada DIA kau manuia terkutuk


Kau berjalan mendongak
bergaya penuh lagak
tersenyum dengan bongkak
lupa hidup cuma sekejap


Kau masih mahu mendongak
sedang kau tahu DIA pencipta 
kau tahu DIA punya kuasa
cuma kau pura-pura lupa ...


by :
nurfatin najiha hamdan

No comments:

Post a Comment